Saya terlupa kata laluan ID Rakuten saya, bagaimana cara untuk menetapkannya semula?

Menetapkan semula kata laluan ID Rakuten anda

  1. Klik butang “Log masuk dengan ID Rakuten”

  2. Tekan butang “Lupa kata laluan anda?” di dalam halaman log masuk Rakuten Global ID

    Screen_Shot_2021-12-09_at_11.50.00_AM.png

  3. Masukkan alamat emel yang digunakan untuk log masuk ID Rakuten

    Screen_Shot_2021-12-09_at_11.51.03_AM.png

  4. Anda akan menerima emel dengan token dan URL untuk menetapkan semula kata laluan. Salin dan tampal URL yang diberikan dalam emel ke pelayar anda. Masukkan token seperti yang diminta. Ambil perhatian bahawa URL dan token hanya sah selama 30 minit. Selepas itu, anda perlu klik “Tetapkan Semula Kata Laluan” sekali lagi untuk meminta token kata laluan baru. Pastikan anda periksa folder Spam dalam akaun emel anda.

    Screen_Shot_2021-12-09_at_11.52.19_AM.png

  5. Pilih kata laluan baru. Kata laluan baru ini akan menggantikan yang lama.