Anda memerlukan akaun Viki untuk menonton video, sambung menonton dari tempat anda berhenti, menulis komen, menghantar Mesej Peribadi, mengikuti rancangan, melanggan Viki Pass, dan banyak lagi.
Untuk mendaftar akaun Viki, anda perlu:
1. Terima Terma Penggunaan dan Dasar Privasi Viki.
2. Memenuhi syarat umur minimum iaitu 18 tahun dan melebihi umur dewasa di negara asal anda.
Selepas anda mencipta akaun Viki, sila pastikan untuk sahkan emel anda.
Mencipta akaun Viki anda
Di Viki.com, anda boleh memilih untuk mendaftar menggunakan Alamat Emel, Facebook, Google, Apple ID, atau Rakuten ID melalui halaman Daftar Viki.
Apabila anda mendaftar menggunakan akaun media sosial anda (Facebook/Google/Rakuten ID), emel akaun Viki anda akan sama dengan alamat emel yang anda gunakan untuk akaun media sosial tersebut.
Di Android, anda boleh memilih untuk mendaftar menggunakan Alamat Emel, Google, Facebook atau Rakuten ID.
- Tekan Saya di penjuru kanan bawah aplikasi
- Tekan Log Masuk Sekarang
- Pilih kaedah pendaftaran pilihan anda
- Jika anda ingin mendaftar menggunakan alamat emel, tekan Daftar.
Apabila anda mendaftar menggunakan akaun media sosial anda (Facebook/Google/Rakuten ID), emel akaun Viki anda akan sama dengan alamat emel yang anda gunakan untuk akaun media sosial tersebut.
Di iOS, anda boleh memilih untuk mendaftar menggunakan alamat emel, Apple ID, Facebook, Google, atau Rakuten ID.
- Di skrin utama, tekan Log Masuk
- Tekan Daftar
- Pilih kaedah pendaftaran pilihan anda
Apabila anda mendaftar menggunakan akaun media sosial anda (Facebook/Google/Rakuten ID), emel akaun Viki anda akan sama dengan alamat emel yang anda gunakan untuk akaun media sosial tersebut.
1. Klik Teruskan dengan Apple
2. Pilih sama ada Kongsi emel saya atau Sembunyikan emel saya, dan klik Teruskan
Apple akan mencipta alamat emel unik, jadi alamat emel anda tidak akan dikongsi dengan Viki. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang ciri ini di sini.
Jika anda sudah mempunyai akaun Viki, memilih pilihan ini akan mencipta satu lagi akaun di bawah alamat emel unik anda. Untuk semak jika anda mempunyai beberapa akaun, rujuk di sini: Adakah saya mempunyai beberapa akaun?
Roku
- Buka aplikasi Viki
- Pilih Cipta Akaun
- Pilih antara Teruskan dengan Akaun Roku atau Teruskan dengan emel anda
- Teruskan dengan Akaun Roku - akaun Viki anda akan dipautkan ke akaun Roku anda
- Teruskan dengan emel anda - akaun Viki anda akan dipautkan ke alamat emel pilihan anda
- Tanda atau buang tanda pilihan untuk menerima kemas kini, tawaran istimewa dan promosi pemasaran melalui emel daripada Viki
- Pilih Sahkan
- Sahkan akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah di sini: Bagaimana saya mengesahkan Emel saya?