Bagaimana saya log masuk melalui E-mel dengan akaun yang dijana oleh Facebook/Google/Apple?

Untuk memudahkan akses ke akaun Viki anda, anda juga boleh menambah alamat emel dan kata laluan kepada akaun yang dijana oleh Facebook/Google/Apple.

Akaun Facebook/Google
  1. Log masuk ke Viki.com dengan Facebook/Google
  2. Pergi ke Langganan & Tetapan, dan di bawah Akaun > Emel, anda akan melihat alamat emel yang dipautkan ke akaun ini.
  3. Ikuti langkah-langkah Tetapan Semula Kata Laluan untuk memulihkan atau menambah kata laluan ke akaun anda
Apple ID
  1. Cari emel yang dijana oleh Apple anda. Untuk maklumat lanjut, klik di sini: Bagaimana saya boleh mencari emel log masuk yang dijana oleh Apple?
  2. Ikuti langkah-langkah Tetapan Semula Kata Laluan untuk mencipta kata laluan baru pada akaun anda.